EKSLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM KECEWA DUNIA IKTIRAF KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK !!!
Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan
berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan
Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),akhirnya
usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka
Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.Perdana Menteri,Datuk Seri
Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara
menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh
kebanggaan,Kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden
Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),Murad
Ebrahim.Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang
dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang
baik jua.Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang
sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif
sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.Bayangkan pimpinan
MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya
membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah
terlaksana sebelum merdeka lagi.
Negara yang huru hara,penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan
politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat
apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha
tersebut.Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri,negara
ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini
bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang
maju,stabil dan progresif.
Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri
Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia
sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang
berpanjangan.Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang
menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan
tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti
kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap
yang amat dibanggakan kini.Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara
yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara
perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan
tinggi.Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya
pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.Bukan sahaja pihak
pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran
rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri.
Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan
lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak
kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima
dekad akan lebih dahsyat.
Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal
tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang
cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.Dasar
pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan
pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap
didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.Namun apabila
dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan
bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah
kehancuran.Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga
Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.
PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia bagi mengakhiri
konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua
Pembangkang sepi dengan komennya.
Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan
penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya ???
Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas
kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat
kemuliaan.
Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang
dicintainya,Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk
Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara.
Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya
tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata
untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada
Malaysia.Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia
dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang
unik dan innovatif.Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan
Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang
tunai BR1M serta program KR1M,Klinik 1Malaysia,TR1MA,KADS1M dan
lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan
kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa
dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan
krisis ekonomi.
Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan
Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang
gigih.Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana
satu kaca
RENUNG-RENUNGKAN







0 comments:
Post a Comment