
Public Gold Malaysia
SCAM? : Nampaknya sekarang ini adalah masa dan ketikanya
pelabur-pelabur tegar emas perlu berhati-hati dengan pelaburan emas yang
mereka lakukan. Masakan tidak sekarang ini kakitangan Bank Negara
Malaysia hanya menunggu “semboyan” untuk bertindak….
Kalau sebelum ini pelabur-pelabur emas Genneva Malaysia Gold
menjadi mangsa serbuan Bank Negara Malaysia (BNM). Sekarang ini
berdasarkan laporan Berita Harian yang terbaru menunjukkan di sini :
Antara Syarikat Emas Yang Menjadi “Perhatian” BNM adalah :Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sembilan lagi syarikat, termasuk lima yang terbabit dalam pelaburan emas, menjalankan kegiatan tanpa mengikut peraturan kewangan.
- Azea Property Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
- CGF Fine Metal Sdn Bhd (pelaburan emas)
- Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
- Global Peace Loving Family (aktiviti lain tanpa berlesen)
- Greenmillion Agrosolution Enterprise (aktiviti lain tanpa berlesen)
- Public Gold Sdn Bhd – Public Gold Malaysia (pelaburan emas). Pun ada sekali?
- Royal Gold Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
- SGFM Trading Sdn Bhd (pelaburan emas)
- Urustabil Sdn Bhd. (aktiviti lain tanpa berlesen)
Sumber : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/20121015_EN_FCA_list.pdf
Selepas sahaja keluar laporan daripada Berita Harian, pihak Public Gold Malaysia telah pun mengeluarkan kneyataan memedianya….dengan harapan dapat meredakan kerisauan pelabur-pelbur emasnya..
Setakat
ini terdapat 87 syarikat atau individu disenaraikan sebagai entiti yang
tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan
mengikut peraturan kewangan dalam bidang kuasa BNM.
Syarikat yang boleh kami katakan agak popular dikalangan pelabur emas seperti Public Gold Malaysia juga termasuk dalam senaraian yang mendapat perhatian serius daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini kerana, kalau kita semak semula Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat terbabit perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum menjalankan aktiviti itu di negara ini.
Kalau
dah ada, tiada apa yang pelru dirisaukan. tetapi jikalau tiada BNM
“sangat berminat untuk mengganggu” perniagaan anda dan pelanggan anda.
BNM tidak sama sekali mengeluarkan sebarang lesen atau surat kebenaran
perniagaan kepada syarikat yang menjalankan pemajakan :
- pemfaktoran
- pembangunan kewangan atau
- pembangunan kredit
Kepada semua pelabur emas :
- kalau anda nak katalah yang pelaburan emas yang anda lakukan sekarang ini adalah yang terbaik
- kalau anda merasakan syarikatb yang anda pilih untuk menjalankan pelaburan emas itu adalah yang terbaik
Nasihat
kami, sila lakukan semakan dan bertanya terus kepada pihak Bank Negara
Malaysia (BNM) sebelum anda mahu memulakan & meneruskan pelaburan
emas anda.
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Bank Negara www.bnm.gov.my atau hubungi talian 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my.”
Semua
ini dilakukan disebabkan BNM mahu melihat anda, anda dan anda semua
hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan pihak berkuasa sahaja.
P/S
: Apa kata anda dengan tindakan agresif Bank Negara Malaysia ketika ini
yang menyerbu kebanyakan syarikat emas di Malaysia bagi mengekang
penipuan yang berleluasa termasuklah pelabur-pelabur Public Gold Malaysia?








0 comments:
Post a Comment