SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan
harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu
membanteras rasuah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain
pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka,
melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan
kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.
“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras
rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh
dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai
130,000 orang.
Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri
tersebut.“Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang
ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib
Mahmud,” katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata,
sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut
tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan
harta secara terbuka.“Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah
dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan.
Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan
perniagaan dengankerajaan“Satu elemen yang yang wajib dalam usaha
membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa
tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan
dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian,”
katanya.Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta
untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang
diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013. ~sinar
Curi kabel guna 3 kereta mewah
-
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli@hmetro.com.myKuala Lumpur: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan disyaki mencuri kabel
utiliti Telek...
16 hours ago







0 comments:
Post a Comment