Monday, 3 December 2012

Rajagobal tutup mulut pengkritik


 

















RAJAGOBAL (kiri) terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila berjaya membawa skuad negara melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.


 KEJAYAAN Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir kempen Piala Suzuki AFF 2012 sememangnya menutup mulut pengkritik yang lantang mengecam kewibawaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal sebelum ini.
Menurut beliau, kritikan demi kritikan itu telah ‘membantu’ skuad kendaliannya mara lebih jauh selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Biarpun bermula hambar apabila dimalukan 0-3 oleh Singapura pada aksi pertama, Rajagobal optimis Harimau Malaya masih berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF sebaik mengerjakan Laos 4-1 dalam aksi kedua.
“Biarkan mereka (pengkritik). Kritik hanya satu kritikan dan mereka boleh memberikan pandangan masing-masing. Jika ia lebih kepada memberikan semangat kepada pemain, sudah tentu bagus buat pasukan saya.
“Saya selalu memberitahu bahawa usaha yang saya lakukan ini demi negara. Pemain-pemain ini sentiasa beraksi dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mahu memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!

Najib Perhimpunan UMNO Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!
Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2012 telah pun melabuhkan tirainya…seperti yang dijangka Datuk Najib Razak mahukan anda sebagai rakyat Malaysia menolak parti-parti pembangkang kerana undi anda kepada mereka membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.


Datuk Najib melontarkan persoalan & peringatan kepada amaran kepada rakyat Malaysia.
  • Adakah kita mahu anak-anak anda sesat akidahnya?
  • Adakah anda mahu anak-anak anda gelap masa depannya?
  • Anda anda mahu negara ini jadi porak peranda?
  • Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara?
  • Adakah anda sanggup memperjudi masa depan negara?

Friday, 23 November 2012

NOH OMAR MENGAMUK SAKAN BEB... JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI PARLIMEN BELIAU MENDAPAT SAMBUTAN...

Tak ada apa yang dapat diucapkan oleh Datuk Sei Noh Omar (DSNO) selain dari MENGAMUK SAKAN kepada orang-orang beliau yang dikatakan beliau TAK BUAT KERJA... kerana hanya MAMPU mengumpulkan seramai lebih kurang 10 orang bagi MENJAYAKAN PROVOKASI keatas ROMBONGAN JELAJAH MERDEKA RAKYAT di kawasan PARLIMEN TANJONG KARANG... yang mana beliau adalah  WAKIL RAKYAT nya... maka atas sebab itu lah yang membuatkan beliau bertambah Mengamuk Sakan kepada orang-orang beliau... kah kah kah !.
KESIAN BEB KESIAN... KAH KAH KAH !!!.
Rombongan yang diketuai oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai sama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) IJOK yang juga Menteri Besar Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim... serta Adun Bukit Antarabangsa Yb Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR... serta Penyelaras DUN Permatang Hj Yahya Sahri dan Penyelaras DUN Sungai Burung... yang mana kedua-dua DUN adalah didalam Parlimen Tanjong Karang.

Anwar Ibrahim VS Hadi Awang (Calon Perdana Menteri)? Syaitan Sokong Hadi Awang. Anwar Sama Teruk Dengan Barack Obama! Anda Pilih Mana?

Abdul hadi Anwar ibrahim Anwar Ibrahim VS Hadi Awang (Calon Perdana Menteri)? Syaitan Sokong Hadi Awang. Anwar Sama Teruk Dengan Barack Obama! Anda Pilih Mana?
Anwar ibrahim VS Hadi Awang : Tun Dr Mahathir. Satu nama yang tak asing dengan dunia politik negara. Walaupun sudah lama bergelar mantan Perdana Menteri, tetapi Tun Dr Mahathir masih lagi ligat berpolitik dan acapkali mengeluarkan kenyataan di media. Kalau sebelum ini Tun Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang berbunyi seperti ini….
Umno Syaitan Yang Dikenali Anwar Ibrahim VS Hadi Awang (Calon Perdana Menteri)? Syaitan Sokong Hadi Awang. Anwar Sama Teruk Dengan Barack Obama! Anda Pilih Mana?
Tun Mahathir ada sebab musabab kenapa beliau bagi kenyataan yang sebegitu rupa. Apabila ditanya lebih lanjut, ini jawapan balas Tun Dr Mahathir :
“Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita (UMNO Barisan Nasional) adalah syaitan yang orang kenal. Mereka (Pakatan Rakyat) adalah malaikat yang orang tidak kenal,” kata Tun Dr Mahathir
“Malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah,” katanya

Sunday, 18 November 2012

Yusmira Trading 'lari' jadi penaja


AZLAN (kanan) dan Mohd. Rafizi membaca laporan akhbar mengenai isu perpindahan Norshahrul ke Johor di pejabatnya di Kota Bharu semalam.




PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya - Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriors itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
Hadir sama peguam syarikatnya, Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.
Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan itu dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha yang dijangka mengubah haluan baharu ke Johor musim depan.
"Mat Yo (Norshahrul) merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan, namun keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema.
"Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Ia (keputusan) sememangnya begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami orang berniaga dan sudah tentu tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.

Friday, 16 November 2012

Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat


Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2012 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.
Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Elaun Khas RM350 Untuk Kakitangan Awam Yang Memiliki Ijazah @ RM250 (Diploma) Jika Tidak Naik Pangkat?

Elaun Khas Kakitangan Awam Elaun Khas RM350 Untuk Kakitangan Awam Yang Memiliki Ijazah @ RM250 (Diploma) Jika Tidak Naik Pangkat?
Isu kenaikan pangkat ini berlaku di mana-mana terutamanya di sektor kerajaan dan GLC. Macam mana nak naik kalau tak ada jawatan kosong? Orang-orang atas pula atau bos pula memang cita-cita mereka untuk memegang jawatan tersebut sehingga pencen. Melainkan jika dapat tukar ke jabatan lain yang ada kekosongan atau ada struktur baru, barulah dapat naik pangkat. Melihatkan situasi ini, Cuepacs tampil dengan cadangan terbaru mereka iaitu Elaun khas untuk….
KOTA KINABALU-Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.
Apa yang kami faham, jikalau belajar hanya untuk mendapatkan & mengejar pangkat tidak akan ke mana. Sepatutnya belajar adalah untuk menuntut ilmu. Itu sebablah apabila belajar semata-semata hanya untuk mengejar pangkat dan tidak mendapat apa yang dihajati mulalah timbul pelbagai masalah & rungutan seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Bagi kami jika seseorang itu ada kelulusan dan kebolehan, Insyaallah rezeki akan memihak kepadanya dan “kenaikan pangkat akan mengejarnya. Jikalau tidak, janganlah mendabik dada apabila ada degree/master sehingga merasakan dii itu layak untuk diberikan pangkat. Sedangkan semasa belajar dahulu masing-masing sudah sedia maklum kenaikan pangkat sebenarnya adalah 50-50 sahaja. Teringat kami, apabila ditanya seorang kenalan kepana beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Apa jawab beliau? Hanya semata-mata mahu buktikan kepada anak-anaknya dan memberikan semangat kepada mereka. Rezeki kata beliau, adalah diletakkan di tempat yang kedua. Terharu kami mendengarnya….
Ok. Terus sambung laporan berita yang disediakan Bernama ini…..

Thursday, 15 November 2012

Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?




Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa

Monday, 12 November 2012

Bolehkah Pakatan percayai Zaid untuk terimanya semula?


 

WAWANCARA Ramai dalam Pakatan yang meletakkan beliau dalam kategori yang sama dengan katak-katak yang melompat parti. Ikutilah bahagian pertama wawancara dengan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara itu.

Mengapa Datuk berhasrat bertanding di Pekan?
Kenyataan saya untuk bertanding di Pekan adalah berkaitan dengan berita bahawa (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) akan menjadi calon  (di situ). Saya tidak fikir presiden PAS harus didedahkan kepada risiko seperti itu. Tidak ada keperluan untuk pendekatan gung-ho seperti itu. Beliau perlu menang. Tawaran saya itu dibuat dalam konteks jika tidak ada siapa yang berwibawa, maka saya bersedia.

Bolehkah Datuk ceritakan keadaan yang membawa kepada peletakan jawatan Datuk sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan penggantungan Datuk dan seterusnya nama Datuk digugurkan sebagai calon dari Umno dalam pilihan raya umum 2008?

Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia



Sheikh Yusof al-Qaradawi
 
   SEBERANG TAKIR 10 Nov: Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).
“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.
“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.
“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.

Sunday, 11 November 2012

Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan


SHAH ALAM, 17 OGOS : Demi hayat politik, Umno-BN sanggup melakukan apa saja termasuk mencipta tokoh agama supaya mengeluarkan fatwa yang mengguntungkan mereka, dakwa pemimpin PAS hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi.
“Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak.
“Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama.
“Boleh dikatakan Abdulah digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dan wang RM 2 juta disalurkan boleh dianggap sebagai ganjaran,” katanya apabila dihubungi.
Abdullah mengeluarkan kenyataan terhadap DAP dalam satu laporan muka depan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia pada 8 Ogos lalu.
Abdullah juga berkata orang Islam diharamkan mengundi DAP kerana mendakwa pemimpinnya menolak hukum hudud dan kerana itu, ia merupakan parti anti-Islam.
Pada 14 Ogos pula, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Abdullah menerusi peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

eg Tukar : 20,000 Guru Mohon Pindah. Muhyiddin Yaasin Minta Nasihat Guru Selesaikan Masalah Ini!!






    eG tukar Guru : Selain daripada masalah SPPBS, kalangan guru juga menghadapi masalah di mana permohonan untuk tukar tempat mengajar kerap kali ditolak. Ada yang masih boleh terus menunggu dan ada juga yang sangat mengharpkan permohonan mereka untuk tukar diterima atas alasan-alasan yang tertentu.
Masalah permohonan pertukaran akan bertambah rumit apabila ia membabitkan negeri-negeri Pantai Timur yang menjadi tumpuan kalangan guru-guru untuk berpindah seperti di Kelantan, Terengganu & Kedah juga pun boleh tahan banyak permohonan untuk bertukar melalui platform perkhidmatan eg Tukar guru Online ini serta tidak lupa juga di Selangor. Jadi, mana-mana kalangan guru-guru yang berasal negeri-negeri tersebut perlu menunggu dan terus menunggu gilirannya kadang-kadang sehingga bertahun-tahun lamanya, apatah lagi jika nisbah guru yang memohon untuk keluar masuk sangatlah tidak seimbang.
eg tukar online

Saturday, 10 November 2012

'Pemain tak setia tak dapat bonus'


Annuar Musa bersama semua tiga piala yang dimenangi pasukan Kelantan musim ini pada majlis kesyukuran menyambut kepulangan beliau daripada menunaikan haji di Seri Puri Bukit Marak, Kota Bharu kelmarin. - UTUSAN/ROSNI MASRI
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayangkan untuk tidak memberikan bonus kejuaraan tiga piala kepada mana-mana pemain yang 'berkeras' untuk berhijrah tanpa mendapat persetujuan daripada persatuan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar musa berkata, bonus tersebut hanya akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.
"Berjasa sahaja tidak cukup, kita mahu pemain berjasa dan setia bersama pasukan.
"Bonus adalah hak persatuan seratus peratus dan pemain yang memilih untuk keluar tanpa persetujuan persatuan tidak akan mendapat bonus tersebut.

2 surat kepada KAFA, hanya satu berbalas


wajah sugul Norshahrul Idlan Talaha ketika berlatih bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - MINGGUAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
JOHOR BAHRU - Isu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak bersungguh mendapatkan Norshahrul Idlan Talaha tidak timbul kerana surat mengenainya telah dikirimkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, surat menyatakan PBNJ berminat untuk menyunting penyerang sensasi itu sudah lama diserahkan dan pihaknya kini hanya menunggu jawapan daripada KAFA.
Malah, katanya, PBNJ selama ini menggunakan saluran serta prosedur yang betul untuk mendapatkan pemain yang turut dikenali dengan jolokan The Linesman, surat yang dihantar juga bukan satu tetapi dua surat kepada KAFA.
Menurutnya, surat pertama yang dihantar PBNJ kepada KAFA adalah berhubung status Norshahrul dengan skuad The Red Warriors manakala surat kedua pula merupakan surat tawaran untuk mendapatkan khidmat Norshahrul.

Kuala Lumpur Terlampau Banyak Kereta & Semakin Sesak? Kenakan “Caj Kereta Tanpa Penumpang”!

Yang mana tinggal dan mencari rezeki di Kuala Lumpur, tahulah betapa padatnya ibarat “tin sardin” jalanraya di sana. Dengan masalah kesesakannya sehingga membawa kepada masalah mendapat tempat letak keretanya + caj yang dikenakan dan tidak lupa juga jurutol yang sedia menghulurkan tangan di stesen yang telah ditetapkan dengan senyuman melihatkan deretan kereta yang beratur panjang menjalankan tanggungjawab mereka membayar setiap kali melalui laluan pemegang konsesi ini…..
Tiba-tiba Tun Mahathir mendapat idea, bagi menyelesaikan masalah yang dinamakan kesesakan di Kuala Lumpur & cadangannya berbunyi seperti ini….

Too Many Car In Kuala Lumpur (KL)

KUALA LUMPUR: The man who initiated Malaysia’s national car Proton now says there are too many cars on the streets of Kuala Lumpur. Tun Dr Mahathir Mohamad, who is currently Proton’s Advisor, said there are so many cars that the authorities should consider imposing a payment on cars entering the city.
The former prime minister was commenting on town planning, connectivity and public transportation, after being honoured as the Malaysian Institute of Planner’s patron on Wednesday.
Today we see far too many cars in KL. At some stage, we (would) have to charge them for coming into KL especially those who without any passengers. Just like London’s policy,” he said.
Established in 1983, Proton was Mahathir’s brainchild to create Malaysia’s very own car. Some critics have said that if not for the local automobile industry, the public transportation system would have been more efficient than it is currently. In his speech, Mahathir said that Malaysian street designs were much more interesting than Western streets.
“If you look at a Western township there will only be straight roads, it is so boring. For the traveller who stands at the end of the road would feel that he has such a long way to travel, ”Streets in KL are more interesting. We have a combination of wide and narrow lanes, nooks and corners,” he said.
MIP said that Mahathir was honoured for his contributions to the spatial planning of the country which included the creation of townships like Putrajaya and Cyberjaya.

Mengancam! Gambaran Kedua Model Proton Preve Versi Hatchback

Sebelum ini kita pernah melihat Proton Preve versi hatchback yang sengaja direka orang awam untuk memberi gambaran sendiri. Namun kali ini ia dipercayai sebagai gambar prototaip Proton Preve hatchback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Melayukini.net – Mengancam! Gambaran Kedua Model Proton Preve Versi Hatchback | Sebelum ini Melayukini.net pernah menyiarkan gambaran awal yang telah ‘diphotoshopkan’  model proton Preve versi hatchback (LINK), namun kali ini ia adalah gambaran kedua yang bakal akan keluar tidak lama lagi. Walaubagaimanapun versi ini tidak akan diperkenalkan di Malaysia, namun akan mula diperkenalkan di pasaran Australia awal tahun 2014. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Wednesday, 7 November 2012

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM CABAR PM @NAJIBRAZAK DI MARANG !!! SATU PUBLISITI BODODH TERSEBAR !!!


Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar,ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim.Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.Asal ada peluang,beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.Namun begitu,beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan,Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.Antara cabaran Anwar terhadap Datuk Seri Najib ialah debat isu PTPTN,debat bajet,debat isu Melayu dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Datuk Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS,Hadi Awang.Persoalannya,apa ke jadahnya Datuk Seri Najib hendak bertanding di Marang ??? Sedangkan beliau adalah orang Pekan dan telah lama berbakti di Pekan.Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat,bakti serta kebolehan bekerja.Jika ini tidak benar,tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan.Sekali lagi,apa ke jadahnya,Hadi nak bertanding di Pekan ??? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang ??? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan,sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa ???

Menang Lagi!! Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya?


Barack Obama Amerika Menang Lagi!! Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya?
Presiden Amerika, Barack Obama menang lagi : Barack Obama boleh dikatakan “menang” agak awal seperti yang dijangka. Kami sempat memerhatikan “daripada jauh” laporan demi laporan sebelum keluarnya di mana menunjukkan proses pengiraan undi masih belum seleai lagi tetapi Barack Obama sudah jauh mendahului dengan 284 undi.
Sedangkan untuk menang beliau hanya memerlukan 270 undi sahaja di mana jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 538 kesemua. Kemenangan banyak dibantu undi…..daripada “swing state” contohnya di Ohio…
Kalau di Amerika, walaupun hebat mana sekalipun Presiden Amerika hanya boleh memegang tampuk pemerintahan paling maksimum 2 penggal sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu. Tidaklah sampai 20, 30 tahun lamanya “melekat” di kerusi pemerintah. 2 penggal sahaja Barack Obama boleh berkuasa, selepas daripada itu berikan peluang kepada yang lain pula untuk memerintah & memimpin Amerika.
Bagi kami Republikan dikenali sebagai sebuah parti yang ……
  • berjuang untuk rakyat, tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah mereka sebenar banyak berjuang untuk puak-puak yang kaya-raya
  • kuat berpegang kepada ketuanan kulit putih
  • kuat menghalau pendatang
  • majoriti penyokongnya adalah terdiri daripada orang-orang kampung di sana
  • majoriti penyokongnya juga tidak berpendidikan tinggi
  • majoriti penyokongnya terdiri daripada orang-orang tua
  • suka perguna orang agama untuk kepentingan politik

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?


Perdana Menteri Anwar VS Najib Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak Belalang” selagi tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini …….
Yang penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan  ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?

Tuesday, 6 November 2012

Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.
Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.
“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.
“Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan,” jelas Rafizi.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

Monday, 5 November 2012

Guiza janji tepati status termahal

Oleh AZIZI MAJID
sukan@utusan.com.my
DANIEL Gonzales Guiza (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan jurulatih Johor, Fandi Ahmad selepas sidang akhbar di Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU - Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super tahun depan.
Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu mengenai bola sepak Malaysia.

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN TERSEBAR !!!


Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk ‘memeriahkan’ Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK,kuning untuk BERSIH,merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS.Kata mereka,hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan,tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir.
Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam,jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang! Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang…barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan.Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa.Malah,bas,treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat,turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim.

Saturday, 3 November 2012

NAJIB : "SAYA SEDIA SERAH JAWATAN PM PADA ANWAR..!!"



PM Najib Tun Razak laksana Pahlawan Rakyat setelah disambut dengan penuh meriah dari kalangan yang didakwa Anwar kononnya benci akan kepimpinan Presiden UMNO itu.

Ternyata Pantai Merdeka Sungai Petani menjadi bukti 3 golongan ini iaitu Petani, Peladang dan Nelayan amat menghormati kepimpinan Najib. Ribuan menyambut dengan laungan 1Malaysia.

Musykil pula apabila Anwar mendakwa 3 golongan ini tekad menentang Kerajaan BN. Bukan sahaja menyokong, akan tetapi sokongan ini dibuktikan di sebuah Negeri yang diterajui Pakatan (Kedah). 

Anwar memang 'bijak' menimbulkan persepsi.

Dalam ucapannya, Najib dengan penuh rasa rendah diri menyebut dirinya tidak menghadapi masalah jika benar ditakdirkan Anwar memimpin Kerajaan. Akan tetapi beliau meletakkan syarat agar budaya 'khianat' dibuang sama sekali dalam kepimpinan Ketua Pembangkang yang dilihat amat 'gemar' mengamalkannya.

HADI AWANG - "SAYA AKAN BERTANDING DI PARLIMEN PEKAN."

Jenaka politik Pakatan Pembangkang agak memalukan. Masing2 kemaruk mempamerkan diri seolah2 Hero kepada rakyat. 
Tatkala Anwar menggilababi mempromosi diri selaku bakal PM, kini Presiden PAS Hadi Awang dilihat mengambil langkah berbeza dalam menonjolkan diri setelah mendakwa berkemungkinan akan berdepan dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada PRU13 kelak.
Hadi Awang yang membuat kenyataan tersebut pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu hari ini mendakwa keputusan bakal dicapai setelah diperbincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Syura PAS.
"Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya.
Mungkin sasaran PAS Najib gentar akan pengumuman ini. Akan tetapi realitinya pihak yang rasa tercabar adalah Anwar Ibrahim. Beliau mahu dilihat sebagai individu yang paling hebat menentang Najib.
Namun, Anwar mungkin rasa 'tidak selesa' dengan 'promosi politik' yang dilakukan Hadi Awang kerana ianya seolah2 menidakkan persetujuan Anwar selaku bakal PM. Nyata Hadi Awang sedang memperkasa jentera untuk melonjakkan dirinya selaku Pemimpin No. 1 Negara.
Apa yang pasti, pengikhtirafan tersebut ditolak mentah2 DAP malah Anwar sendiri bakal memperkukuh jentera Parasit2 PAS agar menidakkan kehendak dan hasrat tersirat Hadi Awang itu.
Hadi Awang tidak menghadapi masalah untuk menonjolkan diri. Kerana beliau diperakui dihormati dengan sifat sederhana dalam politik. Tetapi tidak perlulah sehingga menyatakan hasrat untuk menjadi calon dari Parlimen Pekan. Kerana ianya bakal membunuh terus kerjaya politik beliau.
Pengundi Pekan tetap mengasihi Najib sebagai pemimpin berjasa.

eBR1M : Mohon BR1M 2.0 Secara Online Sekarang Untuk Dapatkan RM500 & RM250 Daripada Kerajaan!!

eBR1M Online eBR1M : Mohon BR1M 2.0 Secara Online Sekarang Untuk Dapatkan RM500 & RM250 Daripada Kerajaan!!
Borang BR1M di eBR1M : Bermula daripada semalam 1 November 2012, dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Nampaknya, ratusan ribuan borang BR1M 2.0 sudah mula disiarkan diakhbar-akhbar arus perdana dan juga boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Yang bagusnya…..
Yang bagusnya kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online & diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M

Friday, 2 November 2012

Johor enggan layan RM1 juta

Mat Yo Mat Yo




Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memutuskan tidak akan melayan permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menuntut RM1 juta bagi menebus kontrak penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata nilai itu terlalu tinggi dan menyalahi peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Saya tegaskan betapa PBNJ tidak akan melayan permintaan KAFA berhubung isu menebus kontrak Mat Yo," Tunku Ismail

Beliau berkata, peraturan badan induk bola sepak negara itu jelas menyatakan jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain yang masih ada baki kontrak adalah lebih rendah daripada RM1 juta.

Thursday, 1 November 2012

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!

DALAM apa-apa pertikaian pun,akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah.Tidak kiralah apa isu pun,yang penting faktanya.Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah,satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu.Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri,Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.“Dalam pilihan raya tahun 1974,UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas.UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Gaji Kakitangan 2013 Naik Lagi? Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Sehingga 5%!!

Gaji Penjawat Awam 2013 Gaji Kakitangan 2013 Naik Lagi? Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Sehingga 5%!!
Gaji Kakitangan Awam naik lagi? Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi? Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia.
Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus

Wednesday, 31 October 2012

Kerjasama Honda – Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar….

Honda Proton DRB Hicom Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....
Kalau sebelum ini, Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010. Tetapi…
Tetapi…..Kerjasama Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player” yang mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia. Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton, sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan pembuat kereta tempatan seperti Proton.
DRB Hicom Proton 150x150 Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....
Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd.
DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai. Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.
Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM).
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.

Tuesday, 30 October 2012

Isu Hudud, MCA dedahkan wajah Barisan Nasional yang sebenar .

     





       Isu Hudud, MCA dedahkan wajah Barisan Nasional yang sebenar - PAS KENYATAAN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
      Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO.

Monday, 29 October 2012

KANTOI !!! PEGAWAI DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SALUR MAKLUMAT KEPADA TIAN CHUA ??? WAJIB BACA !!!



Maklumat ‘dalaman’ yang kami terima ini amat mengejutkan!
Seorang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berpangkat Senior Director dikatakan telah bertemu dengan Tian Chua untuk menyalurkan maklumat dalaman kementeriannya Dan sudah pastilah pertemuan dengan Tian Chua bukanlah sekadar pertemuan biasa,sebaliknya pertemuan yang mengandungi maksud tertentu.Tian Chua sebagaimana yang diketahui merupakan ‘posmen’ dan ‘pengantara’ yang banyak mengatur pembocoran rahsia dari kakitangan awam dengan menggunakan dana yang telah dikhususkan kepadanya. Jawatan Tian Chua dalam PKR adalah Ketua Penerangan Dan sebagai Ketua Penerangan,sudah tentulah Tian Chua yang turut menjadi pengantara terpenting Anwar Ibrahim dengan George Soros,Tian Chua mempunyai kelebihan dari segi kewangan bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta merangka strategi yang lebih berkesan.

AKHBAR SUARA KEADILAN SEKALI LAGI MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! SEKALI LAGI DATIN SERI ROSMAH MENJADI SASARAN !!!


Sebelum ini blog-blog pro-kerajaan termasuk Badut Rakyat pernah mendedahkan strategi pilihanraya PR yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.kalau pembaca Badut Rakyat masih ingat,antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros,sombong dan buruk tingkahlaku Dan nampaknya,walaupun strategi tersebut telah pun bocor,PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.Maka,Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran,kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau,seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.Yang peliknya di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.” Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR,hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

Sunday, 28 October 2012

HASAN ALI DEDAH MCA & DAP ADA 'KERJASAMA SULIT' TUMBANG POLITIK MELAYU!!


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

ISU HUDUD !!! SAH !!! PAS MANGSA NASI KANGKANG DAP !!! WAJIB BACA !!!




PAS dan hudud macam aur dengan tebing,semua orang tahu.Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud,PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN,silap-silap hari bulan,boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir,kalau ditanya orang pun,alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud,jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah,hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam,ada lebih banyak benda lain lagi.Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula,PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud,kalau Terengganu dulu diambil contoh,PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 Iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) pakat-pakat palsu yang sama macam pakatan haram hari ini.Jadi moralnya,PAS perjuang hudud hanya untuk undi,untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR HUDUD TERSEBAR !!! SAH !!! PAS MEMPOLITIKKAN ISU HUDUD DAN MENYALAHKAN UMNO !!! APA CERITA NI ???


saya akan ceritakan satu persatu cerita hukum hudud ini,kepada puak PAS yang baca artikel ini tolong baca sampai habis.anda kata UMNO yang bersalah.betul tak ??? saya ceritakan A sampai Z ok
setiap kali pilihanraya umum akan berlangsung,setiap kali itu jugalah pemimpin-pemimpin PAS melaungkan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud jika menang.hakikatnya lebih 20 tahun dewan undangan negeri kelantan meluluskan hukum hudud tetapi sehingga ke hari ini hukum hudud masih belum dilaksakan oleh PAS.apa cerita ni ??? tidak syak lagi,laungan untuk melaksanakan hukum hudud ini sebenarnya adalah taktik PAS untuk memancing undi islam atas dasar PAS adalah lebih islam dari UMNO kerana PAS mahu melaksanakan hukum hudud.setiap kali timbul persoalan mengapa PAS masih belum melaksanakan hukum hudud setelah lebih 20 tahun memerintah kelantan,alasan yang sama akan diberikan oleh pemimpin PAS,termasuklah yang diberikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pada 24 ogos yang lepas iaitu kerana usaha ini kononnya telah di halang oleh kerajaan pusat dengan surat Tun Dr Mahathir kepada nik aziz pada 15 julai 1994 sering dijadikan bukti kepada halangan ini.hakikatnya PAS sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum hudud.sikit-sikit kerajaan salah.kenapa saya berkata begitu ???

Monday, 22 October 2012

1.2 Juta Akan Hilang Kerja di Resort Perjudian Genting Highlands, Pusat Pertaruhan & Rumah Urut Kerana HUDUD PAS?


Hudud Chua Soi Lek 1.2 Juta Akan Hilang Kerja di Resort Perjudian Genting Highlands, Pusat Pertaruhan & Rumah Urut Kerana HUDUD PAS?

Pertama sekali apabila menyentuh soal HUDUD ini ia tidak ada kena mengena dengan HUDUD Pas atau HUDUD Umno. Andaikata PAS mahu melaksanakan pun, ia bukan Hudud Pas. Begitu juga, jika Umno mahu melaksanakan Hudud di Malaysia sekalipun, ia juga bukan Hudud Umno….
Chua Soi Lek Hudud Pas 1.2 Juta Akan Hilang Kerja di Resort Perjudian Genting Highlands, Pusat Pertaruhan & Rumah Urut Kerana HUDUD PAS?Lebih baik Hudud ini jangan dimasukkan elemen politik di dalamnya. Hudud ini milik Allah. Allah dah garap hukum Hudud ini dengan cukup baik sekali. Pokok pangkalnya persoalan kepada hambaNya samada mahu melaksanakannya atau tidak.
Dan…..kami tertarik dengan kenyataan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia pernah berbicara tajuk ‘Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini” mengatakan :
‘Sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Sunday, 21 October 2012

AES Perlu Dihapuskan Bukan Dikaji Semula

PENDIRIAN Pakatan Rakyat setakat ini untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem AES setelah berkuasa nanti, tidak mencerminkan aspirasi sebenar rakyat yang mahukan sistem tersebut dihapuskan langsung!!
Rakyat sudah mula memandang positif reaksi Pakatan Rakyat terhadap perlaksanaan AES ini apabila kerajaan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk tidak membenarkan sistem ini dipasang dimana-mana lokasi dalam negeri tersebut (melainkan lampu isyarat yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat).
Walaupun keputusan ini tidak selaras di antara negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, tapi itu tidak mengapa kerana keputusan di sebuah negeri itu sahaja sudah boleh dianggap mewakili 3 negeri yang lain.
Tapi bila keluar pengumuman tentang Pakatan Rakyat akan mengkaji semula sistem tersebut, reaksi positif yang mula-mula ditunjukkan tadi, kembali pudar.  Kalau kaji semula, apa beza Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional?

Saturday, 20 October 2012

Panas! Pemilik banglo runtuh tiada kelulusan MBSA

Pemilik banglo di Seksyen 7 di Shah Alam yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian semalam sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.
“Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia.
Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000.
“MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Ulasan Fathul Bari bila Chua Soi Lek hina Hudud.


.


Bodoh atau apa dia ni?.. yang jelas menghina dan mempermainkan hukum Hudud baru-baru ini ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Tetapi Ulama yang mencari makan dengan UMNO ini tidak mahu membidas Presiden MCA itu tetapi mempersoalkan pula kenapa PAS masih bersama DAP yang tolak Islam?

SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.

“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.

“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.

“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.

“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.

Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain ~ Sinar Harian

Sedikitpun dia tak berani nak kritik Chua Soi Lek.. kenapa?

Bila rezeki dianggap datangnya dari UMNO inilah jadinya.. nak bercakap tentang apa yang benarpun takut kehilangan punca rezeki....


.

Friday, 19 October 2012

Ibarat buku dengan ruas!!!

Buku dengan ruas


SHAH ALAM - Buat kali ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia, juara Liga Super melakukan perhitungan dengan juara Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri ketika Kelantan (juara Liga Super) mengimpikan kejuaraan treble sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (juara Liga Perdana) mahu mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.
Sebelum ini, pada tahun 1992, Pahang juara Divisyen Satu berjaya mengecewakan juara Divisyen Dua, Kedah, namun pada pertemuan kedua, giliran juara Liga Perdana, Selangor pula meraih kejuaraan selepas mengalahkan Perlis pada aksi akhir 2005.
Kelantan biarpun tanpa khidmat Mohamed Ghaddar dan Norfarhan Muhammad masih dilihat unggul di atas kertas.

Masalah air teruk di Parlimen Bera




Jika satu atau dua hari terputus bekalan air bersih, penduduk boleh bersabar, tetapi keadaan itu berlarutan dalam tempoh yang agak lama dan kerap berulang.Keadaan itu memaksa penduduk menyediakan tong simpanan air sendiri bagi mengelak mereka terus terputus bekalan air, lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan tinggi.Seorang penduduk, Tam Kai Shung, 51, berkata, dalam tempoh seminggu, hanya dua hari penduduk menerima bekalan air dengan sempurna.
Menurutnya, selebihnya, mereka hanya menerima pada waktu tertentu seperti tengah malam atau bekalan air terputus langsung.
“Pada waktu itu, masing-masing kena bangun tengah malam untuk menadah air bersih walaupun air yang keluar kecil.
“Kami terpaksa sediakan banyak bekas air sama ada baldi, besen atau tong asalkan ada air untuk mandi, membasuh dan sebagainya,” katanya.
Kai Shung berkata, perkara itu sudah beberapa kali diadukan kepada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), tetapi masih belum ada penyelesaian positif.
Keluar modal sendiri
Ah Sam, 65,  berkata, air bersih akan mengalir di longkang rumah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali berikutan tangki air berdekatan bocor.
Menurutnya, ketika longkang ‘dibersihkan’, bekalan air pula terputus menyebabkan penduduk berang dengan keadaan itu.
“Siapa yang tidak sakit hati, air dari tangki boleh membazir begitu sahaja sedangkan kami di sini yang sangat memerlukan air tidak menerimanya.
“Mungkin keadaan ini tidak terasa kerana saya hanya tinggal berdua dengan isteri, tetapi bagi keluarga besar, mereka terpaksa mengeluarkan modal sendiri membeli tangki lain untuk diletakkan di rumah masing-masing,” katanya.
Ah Sam berkata, dia menghabiskan hampir RM1,000 untuk membeli tangki berkapasiti 400 gelen, membuat tembok dan memasang paip dari tangki tambahan ke dalam rumah supaya bekalan air tidak terputus.

Pengerusi DAP Kemayan, Ee Ah Kow, 62, berkata, Paip perlu menaik taraf sistem bekalan air bersih ke kawasan itu setelah lebih 10 tahun penduduk menderita dengan masalah yang kerap berulang.
Menurutnya, agensi itu sepatutnya tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
“Saya tidak nafikan kawasan ini tinggi berbanding kawasan lain, tetapi jangan beri alasan yang sama, sehinggakan bertahun-tahun masalah ini tidak pernah selesai.
“Sepatutnya, Paip atau pihak berkenaan sudah memikirkan kaedah penyelesaian sejak dulu lagi,” katanya.
Timbalan Cabang PKR Bera, Bob Manolan Mohamed berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera kerana ia mengganggu aktiviti harian penduduk.
Katanya, penduduk sudah menjelaskan bil setiap bulan dan sepatutnya mereka berhak mendapat bekalan air dengan sempurna, bukan seperti yang dialami sekarang.
“Jangan suka sangat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kerajaan kerap menyalahkan negeri Selangor berkaitan isu air, sedangkan rakyat negeri Pahang masih menderita kerana kegagalan mereka.
“Aduan sudah banyak dibuat sejak lebih 10 tahun lalu, tetapi sampai sekarang masih tiada penyelesaian. Jadi, saya harap kehadiran PKR bersama penduduk di sini dapat menggerakkan pihak berkenaan menjalankan tanggungjawab dengan telus,” katanya semasa lawatannya di  Taman Indah, di sini.
Turut hadir, Naib Angkatan Muda Keadilam (AMK) Malaysia, P Sarawanan.

Sinar Harian menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Mohd Fadil Osman bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, kerja-kerja naik taraf sistem bekalan air sedang berjalan dan semalam, pihak Paip sudah pun menerima paip-paip baru untuk melaksanakan sistem ‘by-pass’.
Katanya, masalah yang berlaku berpunca daripada kesilapan teknikal yang dilakukan pihak pemaju semasa kerja-kerja pembinaan perumahan dilaksanakan.
“Sepatutnya, semasa membuat sistem saluran ke taman perumahan baru itu, mereka mesti membuat sistem ‘by-pass’ untuk memudahkan air dari tangki disalurkan kepada penduduk Taman Indah.
“Tetapi, mereka buat saluran terus menyebabkan air dari tangki mengalir terlebih dahulu ke taman perumahan baru sebelum sampai ke Taman Indah dan sebab itu juga kawasan yang tinggi sukar mendapat bekalan air,” katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja mengorek dan memasang paip baru akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, tindakan itu adalah hasil perbincangan dan perancangan bersama Paip, malah mereka perlu mencari dana sendiri bagi menyelesaikan kemelut air di kawasan itu.

Thursday, 18 October 2012

Public Gold Malaysia Tidak SAH! Tiada Lesen Bank Negara Malaysia (BNM). Apa Kata Anda

Public Gold SCAM Public Gold Malaysia Tidak SAH! Tiada Lesen Bank Negara Malaysia (BNM). Apa Kata Anda?
Public Gold Malaysia SCAM? : Nampaknya sekarang ini adalah masa dan ketikanya pelabur-pelabur tegar emas perlu berhati-hati dengan pelaburan emas yang mereka lakukan. Masakan tidak sekarang ini kakitangan Bank Negara Malaysia hanya menunggu “semboyan” untuk bertindak….
Kalau sebelum ini pelabur-pelabur emas Genneva Malaysia Gold menjadi mangsa serbuan Bank Negara Malaysia (BNM). Sekarang ini berdasarkan laporan Berita Harian yang terbaru menunjukkan di sini :
Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sembilan lagi syarikat, termasuk lima yang terbabit dalam pelaburan emas, menjalankan kegiatan tanpa mengikut peraturan kewangan.
Antara Syarikat Emas Yang Menjadi “Perhatian” BNM adalah :
  1. Azea Property Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
  2. CGF Fine Metal Sdn Bhd (pelaburan emas)
  3. Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
  4. Global Peace Loving Family (aktiviti lain tanpa berlesen)
  5. Greenmillion Agrosolution Enterprise (aktiviti lain tanpa berlesen)
  6. Public Gold Sdn Bhd – Public Gold Malaysia (pelaburan emas). Pun ada sekali?
  7. Royal Gold Sdn Bhd (aktiviti lain tanpa berlesen)
  8. SGFM Trading Sdn Bhd (pelaburan emas)
  9. Urustabil Sdn Bhd. (aktiviti lain tanpa berlesen)
Sumber : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/20121015_EN_FCA_list.pdf
Selepas sahaja keluar laporan daripada Berita Harian, pihak Public Gold Malaysia telah pun mengeluarkan kneyataan memedianya….dengan harapan dapat meredakan kerisauan pelabur-pelbur emasnya..
Public Gold BNM Public Gold Malaysia Tidak SAH! Tiada Lesen Bank Negara Malaysia (BNM). Apa Kata Anda?
Setakat ini terdapat 87 syarikat atau individu disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan dalam bidang kuasa BNM.
Syarikat yang boleh kami katakan agak popular dikalangan pelabur emas seperti Public Gold Malaysia juga termasuk dalam senaraian yang mendapat perhatian serius daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini kerana, kalau kita semak semula Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat terbabit perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum menjalankan aktiviti itu di negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Blog2 Yang diikuti.