DALAM apa-apa pertikaian pun,akhirnya kita akan merujuk kembali kepada
sejarah.Tidak kiralah apa isu pun,yang penting faktanya.Menyelusuri
fakta-fakta sejarah itulah,satu rumusan perlu difikirkan apakah benar
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika
dulu.Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada
1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.Di sini saya utarakan
dahulu sedutan Perdana Menteri,Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977
sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul
Rahman,Kuala Lumpur.“Dalam pilihan raya tahun 1974,UMNO sebenarnya
menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan
beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas.UMNO terpaksa
berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan
mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan
faedah rakyat.Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya
lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di
Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu
jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN.Ugutan dan
ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya.UMNO
mempunyai maruahnya sendiri.Kita sering kali juga mendengar desakan
supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.Perkara
ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga
tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga
menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan
rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang
meragukan.Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara
perpaduan BN.Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada
pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi
keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada
nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.Ada dalam
kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari
BN.Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi
merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang
melulu terhadap BN khususnya UMNO.Antara punca sebenar krisis Kelantan
pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat
itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas
terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu,Datuk Muhammad Nasir. Rakyat
waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan
jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan
Pusat terlebih dahulu.
Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:
* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad
Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.Hakikatnya pada ketika itu
UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas
(ketika itu).Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas
Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan
Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya
kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas
menyertai BN pada 1973.
* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu)
untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973,Pas
mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi dan
tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.
* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad
dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas
di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil
putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak
berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil
ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir.
Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu
sendiri.
* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan
selepas PRU 1978,dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan
jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas,desakan yang datang dari beberapa
pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama
Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan
jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak
percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh
Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan
alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu
merupakan soal rumah-tangga Pas.
* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas
menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di
Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam
nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri
Kelantan.
* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9
Disember 1977,selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus
bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang
dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri
lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang
darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh
Kerajaan Pusat.
* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri
Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri.
Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti
termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.
* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari
beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas
Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang
menentang gabungan Pas-BN.
* Hasil dari desakan itu,Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang
DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat
oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas
yang menyokong rang undang-undang Darurat.
* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika
itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam
perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan
kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil
ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka
tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada
perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.
* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama
ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan
sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan
hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas
tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi
kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN
Oleh Zulkifli Jalil







0 comments:
Post a Comment