KUALA LUMPUR: Rakan baik Umno, MCA hari ini menempelak
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, tapi kali ini bukan kerana perbezaan
politik tetapi kerana 'jenayah' beliau yang tidak mengenali siapa Psy (gambar), penyanyi popular dari Korea.
Senator
MCA Chew Lee Giok berkata dengan tidak mengenali siapa Psy, Nik Aziz –
yang diangkat sebagai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh
badan berprestij Timur Tengah - Royal Islamic Strategic Studies Center –
dikatakan “sangat kurang pengetahuan mengenai perkara semasa, standard
dunia dan trend antarabangsa.”
“Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama telah menari ‘Oppa Gangnam Style’ yang telah menjadi tarian
popular dunia secara mengejut,” kata setiausaha agong Wanita MCA, yang
jelas teruja dengan undangan BN kepada penyanyi popular dari Korea
Selatan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.
Curi kabel guna 3 kereta mewah
-
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli@hmetro.com.myKuala Lumpur: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan disyaki mencuri kabel
utiliti Telek...
15 hours ago







