Pakatan
Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun
2012 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200
bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan
diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.
Bagi
mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan
belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada
rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu
benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan
oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang
penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan
peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada
orang ramai.
PR to unveil 'alternative' Budget 2012
Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.
Katanya,
kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan
harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima
bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh
kerajaan.
"Begitu
juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun
subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga
tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.
"Sebaliknya
yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki
syarikat-syarikat besar terutama Bernas," katanya pada sidang media di
pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.
Sebelum
itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli
Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr
Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan
ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.
Rundingan
tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan
ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini,
di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan
Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2012 yang akan dibentangkan
Oktober ini.
Pada
sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad
menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu
akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di
negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan
rakyat.
"Langkah-langkah
tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah
mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh
Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan
Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
"Selain
itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan
terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi
sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada
pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.







0 comments:
Post a Comment