Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh
ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.
Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman
Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi
Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.
“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa
sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?”
katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak
sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa,
tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan)
kerajaan.
“Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM.
Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada
beberapa lagi pendedahan,” jelas Rafizi.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri
atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau
menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain
melakukan kesalahan rasuah.
“Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan,” tegasnya.
Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua
Penyelaras Jingga 13.
Pencuri kabel ala Spiderman ‘disergah’ di Bahau
-
NOR AINNA HAMZAHTangkap layar video tular seorang lelaki memanjat sebatang
tiang di sebuah taman perumahan di Bahau, di sini, semalam untuk mencuri
kabel.J...
18 hours ago






0 comments:
Post a Comment