Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk ‘memeriahkan’
Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan
warna iaitu oren untuk ANAK,kuning untuk BERSIH,merah untuk ROYALTI dan
hijau untuk ANTI-LYNAS.Kata mereka,hujan lebat pada awal penganjuran
program berkenaan,tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri
daripada pelbagai kaum untuk hadir.
Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam,jumlah
yang hadir adalah seramai 30,000 orang!
Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan
30,000 orang…barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi
mewujudkan angka berkenaan.Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir
dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak
terkecuali daripada program sebegitu rupa.Malah,bas,treler dan kereta
mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang
dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat,turut dipamerkan dan
dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu
Anwar Ibrahim.

Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun
1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan
Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan
mudah.Bagaimanapun,apabila keputusan pilihanraya pada 1999,Anwar Ibrahim
ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia
tampil berkempen,tidak banyak membantu keputusannya pun.Dan
menariknya,keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama
pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap
adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR.Manakala kaum Cina dan
India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan
himpunan seperti itu untuk berkempen.Keadaan yang hampir sama dengan apa
yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu!
Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang
peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka
lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh
lebih kecil dan kurang memberangsangkan.Dan keadaan yang sama juga
berlaku dengan ‘amaran awal’ yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai ‘rahmat Allah Taala’.
Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa
ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin
keras,melanda kawasan berkenaan.Ramai yang bertempiaran dan mencari
tempat perlindungan.Manakala golongan peniaga yang membuka gerai
awal,mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah
lencun dan rosak.
Agak aneh melihatkan bagaimana golongan yang menjadi mesin propaganda
Anwar Ibrahim boleh berbangga dan beranggapan bahawa apa yang berlaku
pada sebelah petang semalam sebagai rahmat Allah Taala untuk perhimpunan
berkenaan.Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gementar
dengan ancaman yang didatangkan.Sebaliknya mereka mencabar Allah Taala
agar menurunkan bala yang lebih besar seperti yang berlaku kepada
penduduk Soddom dan Gomorrah.Puncanya amat mudah.Mereka berasa sudah
cukup kuat dengan kehadiran ramai orang dan jumlah yang ramai itu bagi
mereka sudah tentu dapat melawan apa-apa sahaja bencana yang didatangkan
nanti.Sedikit tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban
Jaya…
Sasaran kehadiran adalah seramai 50,000 orang.PAS telah mengeluarkan
arahan agar ahli-ahlinya datang meramaikan himpunan yang didanakan oleh
Rangkaian PASARAYA FAMILY yang pelanggan-pelanggan utamanya
adalah orang Melayu tetapi pemiliknya berbangsa Cina dan penyokong kuat
DAP.Padang yang menjadi tapak perhimpunan tersebut adalah tanah milik
pemilik pasaraya berkenaan.Bagaimanapun,jumlah yang hadir tidak
sampai 20,000 orang walaupun para pecacai cuba menggambarkannya sebagai
puluhan ribu orang. Hujan lebat dikatakan menjadi punca Pakatan gagal
menepati sasaran hadirin.Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba
menggambarkan orang ramai yang hadir itu adalah rakyat Negeri Sembilan
yang datang secara ikhlas dan tidak dibayar, hakikatnya,kebanyakan
daripada mereka datang dari negeri-negeri Utara
Semenanjung,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor berdasarkan loghat
percakapan selain bas-bas rombongan yang tertera alamat serta bernombor
pendaftaran negeri masing-masing.Dan perbualan dengan puak-puak
berkenaan mengesahkan bahawa kehadiran mereka berbayar,bahkan turut
diberikan juga adalah WANG ROKOK !!! - SEL13.COM







0 comments:
Post a Comment