Thursday, 2 May 2013

Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!


 Hutang Rakyat Malaysia 2013



Semakan kami berdasarkan data Bank Negara Malaysia (BNM), simpanan aset luar negara Malaysia bernilai lebih daripada RM500 bilion ketika ini, satu angka yang agak besar. Besar……
…Belum campur yang lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kalangan pakar analisis ekonomi ada juga memberikan nasihat, pandangan agar semua hasil negara diuruskan dengan baik dan berhemah bagi mengelak sebarang kemungkinan risiko fiskal & kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi.
Hutang negara yang ada ketika ini, ramai yang mengatakan sebenarnya tidak memberikan impak besar kepada negara Malaysia ketika ini. Ada benarnya….Kami bersetuju. Tetapi!!
Yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa dalam masa 5 tahun sahaja hutang negara Malaysia hampir mencecah RM250 bilion. 5 tahun sahaja sudah hampir mencecah RM250 bilion hutang Malaysia? Hasilnya kepada negara & rakyat Malaysia ?
  • Hutang Malaysia Tahun 2008 : RM306.437 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
  • Hutang Malaysia Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
  • Hutang Kerajaan Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
  • Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
  • Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion

Monday, 22 April 2013

Tindakan Mat Taib beri masalah kepada BN




 KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS semalam bakal memberi ancaman kepada Umno BN khususnya di Selangor. Perkara itu diakui seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin BN, Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa penyertaan Muhammad itu bakal menjadi penghalang kepada BN untuk menawan semula negeri itu.

Mat Taib sah sertai PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Blog2 Yang diikuti.