Jenaka politik Pakatan Pembangkang agak memalukan. Masing2 kemaruk mempamerkan diri seolah2 Hero kepada rakyat.
Tatkala Anwar menggilababi mempromosi diri selaku bakal PM, kini
Presiden PAS Hadi Awang dilihat mengambil langkah berbeza dalam
menonjolkan diri setelah mendakwa berkemungkinan akan berdepan dengan
Perdana Menteri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada PRU13 kelak.
Hadi Awang yang membuat kenyataan tersebut pada Majlis Pelancaran Dana
PRU13
Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu hari ini mendakwa keputusan bakal
dicapai setelah diperbincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Syura PAS.
"Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya
bertanding di Parlimen Pekan," katanya.
Mungkin sasaran PAS Najib gentar akan pengumuman ini. Akan tetapi
realitinya pihak yang rasa tercabar adalah Anwar Ibrahim. Beliau mahu
dilihat sebagai individu yang paling hebat menentang Najib.
Namun, Anwar mungkin rasa 'tidak selesa' dengan 'promosi politik' yang
dilakukan Hadi Awang kerana ianya seolah2 menidakkan persetujuan Anwar
selaku bakal PM. Nyata Hadi Awang sedang memperkasa jentera untuk
melonjakkan dirinya selaku Pemimpin No. 1 Negara.
Apa yang pasti, pengikhtirafan tersebut ditolak mentah2 DAP malah Anwar
sendiri bakal memperkukuh jentera Parasit2 PAS agar menidakkan kehendak
dan hasrat tersirat Hadi Awang itu.
Hadi Awang tidak menghadapi masalah untuk menonjolkan diri. Kerana
beliau diperakui dihormati dengan sifat sederhana dalam politik. Tetapi
tidak perlulah sehingga menyatakan hasrat untuk menjadi calon dari
Parlimen Pekan. Kerana ianya bakal membunuh terus kerjaya politik
beliau.
Pengundi Pekan tetap mengasihi Najib sebagai pemimpin berjasa.







0 comments:
Post a Comment