Sunday, 21 October 2012

AES Perlu Dihapuskan Bukan Dikaji Semula

PENDIRIAN Pakatan Rakyat setakat ini untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem AES setelah berkuasa nanti, tidak mencerminkan aspirasi sebenar rakyat yang mahukan sistem tersebut dihapuskan langsung!!
Rakyat sudah mula memandang positif reaksi Pakatan Rakyat terhadap perlaksanaan AES ini apabila kerajaan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk tidak membenarkan sistem ini dipasang dimana-mana lokasi dalam negeri tersebut (melainkan lampu isyarat yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat).
Walaupun keputusan ini tidak selaras di antara negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, tapi itu tidak mengapa kerana keputusan di sebuah negeri itu sahaja sudah boleh dianggap mewakili 3 negeri yang lain.
Tapi bila keluar pengumuman tentang Pakatan Rakyat akan mengkaji semula sistem tersebut, reaksi positif yang mula-mula ditunjukkan tadi, kembali pudar.  Kalau kaji semula, apa beza Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional?
Ramai tidak faham, nak kaji apa lagi dengan sistem yang sah-sah mendapat bantahan meluas dari rakyat?
Satu kajian yang dibuat Sinar Harian minggu lepas menunjukkan 93% responden bersetuju bahawa sistem ini hanya menguntungkan syarikat yang mengendalikan sistem tersebut, bukan nak memastikan keselamatan di jalan raya.
Di Perak sahaja, 50 orang mengadakan demonstrasi dianjurkan Pakatan Rakyat bagi membantah perlaksanaan AES ini pada minggu lalu.  Bukankah itu satu bukti jelas penolakan rakyat terhadap sistem tersebut?
Kalau nak difikirkan, ada banyak sebab kenapa sistem ini ditolak oleh rakyat.
Selain peranan syarikat swasta yang mendapat komisen daripada setiap saman yang dikeluarkan sistem ini, rakyat sendiri tidak suka disaman hanya kerana menbawa laju. Tindakan itu menyekat hak asasi mereka untuk menggunakan harta sendiri di atas jalan raya.
Dalam hal ini Pakatan Rakyat perlu bertegas, tidak perlu terikut-ikut dengan rentak UMNO yang menggunakan alasan bodoh untuk mempertahankan sistem ini – demi melindungi keselamatan rakyat.
Keselamatan apa benda kalau statistik kemalangan masih meningkat dari tahun ke tahun walaupun pelbagai kempen, Operasi penguatkuasaan dijalankan?
Malah kalau difikirkan semula, alasan ‘menjaga keselamatan rakyat’ adalah alasan popular yang seringkali digunakan UMNO selama ini untuk menjustifikasi segala keputusan kerajaan yang berlawanan dengan kehendak rakyat.
Macamlah ramai yang mati di atas jalan hari ini kerana sebab memandu laju.
Soal perlaksanaan AES ini kalau dihalusi betul-betul, akan menjadi faktor penentu kepada kerajaan mana yang bakal dipilih rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.  Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi itulah hakikatnya.
Rakyat, terutama di bandar, sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan bayaran-bayaran lain seperti tol, parking dan sebagainya, kini ditambah pula lagi dengan saman AES.
Rakyat tidak peduli pun tentang soal keselamatan jalan raya ini, yang penting kepada mereka ialah wang mereka tidak mengalir keluar hanya untuk membayar saman kepada kerajaan, apatah lagi kepada syarikat pengendali.
Nak mati ni, mana-mana pun boleh mati, tak semestinya atas jalan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Blog2 Yang diikuti.