Sebelum ini blog-blog pro-kerajaan termasuk Badut Rakyat pernah
mendedahkan strategi pilihanraya PR yang dibocorkan oleh sumber dalaman
parti tersebut.kalau pembaca Badut Rakyat masih ingat,antara strategi
utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor
dengan menggambarkan beliau sebagai boros,sombong dan buruk tingkahlaku
Dan nampaknya,walaupun strategi tersebut telah pun bocor,PR tetap
menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk
menyerang kerajaan.Maka,Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh
media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.Baru-baru ini
akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya
Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang
rakyat.Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta
yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran,kini PR menurunkan pula
harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri
Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau,seperti yang tertera
dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.Yang peliknya di
muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut,
“Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya
dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”
Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR,hanya jam tangan
yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak
pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’
si penulis.Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan
berbanding jam.Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang
akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali ???
Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar,maka kisah
mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja
sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.Tetapi beliau ada mengakui ada
menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu
lawatan beliau ke luar negara,sepertimana kelaziman seorang VIP.
Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti
Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari
pihak tertentu.Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta
amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta
walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya
kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar
negara beribu-ribu kali setahun ???
Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh
kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR
tersebut ??? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau
rakyat Selangor ??? Atau wang Soros ??? atau wang Yahudi ???
Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada
peraturan dan kelulusan kabinet,perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat
kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.Oleh itu,adalah mustahil bagi
Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat
untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak
mustahil berbuat demikian.Malah,PR juga tidak pernah menyembunyikannya
dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor
untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk
ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan
Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia
telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.Dengan itu,tidak usahlah PR
terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan
beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang
boros.
Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan
tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri
dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.
BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan
peribadi, politik dan kerajaan negeri.Buktinya,ekonomi negara berada
dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod
ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus
dengan baik.Justeru,strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros
dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.Strategi ini hanya
menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR
ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak
signifikan bagi menghadapi pilihanraya.







0 comments:
Post a Comment