Kami hanya mampu menepuk dahi apabila mendengar tuntutan yang sebegini rupa. Siapalah yang tergamak “menghasut” penduduk supaya meminta kerajaan negeri, mengambil aih hutang rumah mereka. Hebat…
Sedangkan kes Talam sebenarnya adalah berkaitan dengan proses mengutip semula hutang Talam terhadap kerajaan Negeri Selangor yang tertunggak sehingga RM392 juta. Bukannya, kerajaan negeri yang tolong menyelesaikan hutang Talam.
Contohnya sangat mudah di sini :
- Diri sendiri yang membuat hutang rumah
- Tetapi kerajaan pusat pula yang diminta untuk menolong membayarnya sehingga habis
- Patutkah?
- Andaikata jikalau kelompok yang berfikiran sebegini boleh dapat “kemudahan yang tidak masuk akal seperti itu”, apa kata rakyat Malaysia yang lain?
- Mereka juga akan mengatakan, “Eh…kalau macam itu saya/kami pun berhak juga dan sepatutnya mendapat kemudahan sebegitu rupa”.
- Kemudian datang “mengamuk” tidak tentu hala…Patutkah?
Nasihat
kami mudah sahaja. Jikalau tidak mampu membayarnya, dipersilakan
menjual semula rumah tersebut. Kenapa “orang lain” pula yang perlu bayar
hutang anda?
Adakah mereka ini sedar, sekarang ini lubang kubur pun kena bayar.
Ini pula, nak minta tolong bantu langsai hutang rumah mereka? Kalau nak
meminta pun biarlah menggunakan akal fikiran yang waras.
Berapa ramai kita ini dan ramai kalangan pembaca Berita Semasa contohnya yang kerja kumpul duit, catu sana sini nak beli rumah. Apakah mereka tidak mahu, kalau ada yang sudi mahu membantu melangsaikan hutang rumah mereka? Tetapi…hakikatnya mereka tidak sampai membuat tuntutan sebegitu rupa.
Berapa ramai kita ini dan ramai kalangan pembaca Berita Semasa contohnya yang kerja kumpul duit, catu sana sini nak beli rumah. Apakah mereka tidak mahu, kalau ada yang sudi mahu membantu melangsaikan hutang rumah mereka? Tetapi…hakikatnya mereka tidak sampai membuat tuntutan sebegitu rupa.
Bagaimana Isu Ini Boleh Timbul?
Lebih
200 wakil penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20, di sini
meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melupuskan hutang
pembeli kediaman terbabit yang bernilai RM19 juta.
- Mereka berpendapat jika benar PKNS membantu kerajaan negeri melangsaikan hutang Talam Corporation Berhad (TALAM) sebanyak RM392 juta, ia juga patut membantu mengambil alih hutang penduduk yang berpendapatan rendah di Selangor. Kotakan janji
- “Saya hendak mereka tunaikan janji hendak bantu rakyat Selangor yang susah. Sekarang ini kami susah dan saya dengar kerajaan negeri banyak duit. Apa salahnya jika tolong jelaskan hutang kami dengan bank yang hanya beberapa juta ringgit saja,” – R Yogeswaran, penduduk Seksyen 7.
- Penduduk rumah pangsa Seksyen 18, Husni Dollah, 53, berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mengotakan janji pilihan raya untuk membantu golongan berpendapatan rendah di negeri itu, terutama mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
- Katanya, golongan terbabit tidak mampu melangsaikan hutang perumahan mereka dengan bank sehingga banyak rumah yang terpaksa dilelong.
- “Sebagai contoh, setiap bulan saya membayar ansuran bulanan sebanyak RM500 dan hutangnya dengan bank masih berbaki kira-kira RM25,000,” katanya selepas menyerahkan notis tuntutan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, di sini, semalam.
- “Sekarang ini kami susah dan saya dengar kerajaan negeri banyak duit. Apa salahnya jika tolong jelaskan hutang kami dengan bank yang hanya beberapa juta ringgit saja,” katanya.
- Sementara itu, wakil pertubuhan kebajikan penduduk yang dikenali Perikatan Prihatin Malaysia, Saiful Yazan Abu Hassan berkata, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penduduk berpendapatan rendah yang membeli rumah dengan pemaju hartanah itu akan diadakan dalam tempoh terdekat jika Menteri Besar gagal memenuhi tuntutan pembeli.
Sejak bila pula, PKNS ada membayar kepada syarikat Talam? Kitab mana yang mereka baca ini?
Terbaru,
kerajaan Selangor telah mengeluar satu cadangan & mekanisme bagi
menyelasaikan permasalah pemilik rumah PKNS ini. Walaubagaimanapun telah
ditempelak di halaman Utusan Malaysia semalam……
Kalangan yang membuat tuntutan rumah percuma di Selangor
ini, pernahkah mereka terfikir? Andaikata dibawa kes seperti ini di
mahkamah dan penduduk menang kes contohnya, kerajaan negeri kena bayar
rumah itu. Apabila sudah ada kes sebegini, penduduk-penduduk di
negeri-negeri lain di Malaysia akan meminta kepada kerajaan persekutuan
untuk “turun padang” memnita untuk membantu bayarkan rumah merek atas
alasan :
- kerajaan pernah bayar kepada Tajuddin Ramli sebanyak RM589 juta
- kerajaan banyak kali bailout MAS & banyak syarikat lain
Mahkamah
nak taknak kena luluskan disebabkan “case study” bagi kes sebelumnya
sudah ada. Apa pendapat rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia
umumnya dengan isu ini?









0 comments:
Post a Comment