3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali
mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap
tidak serupa bikin'.
Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013
sedang berlangsung.
Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap
dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah
tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut
untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila
baca di (
SINI )
Ini jawapannya...
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah
AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang
Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United
Kingdom (AMSS UK).
Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010
dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4
Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di
SINI
), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang
politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan
komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan
bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi
Kebangkitan Muslim?’.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic
Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium)
dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit
organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan
dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik,
penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina),
Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana,
penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).

0 comments:
Post a Comment