Maklumat ‘dalaman’ yang kami terima ini amat mengejutkan!
Seorang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berpangkat Senior
Director dikatakan telah bertemu dengan Tian Chua untuk menyalurkan
maklumat dalaman kementeriannya Dan sudah pastilah pertemuan dengan Tian
Chua bukanlah sekadar pertemuan biasa,sebaliknya pertemuan yang
mengandungi maksud tertentu.Tian Chua sebagaimana yang diketahui
merupakan ‘posmen’ dan ‘pengantara’ yang banyak mengatur
pembocoran rahsia dari kakitangan awam dengan menggunakan dana yang
telah dikhususkan kepadanya. Jawatan Tian Chua dalam PKR adalah Ketua
Penerangan Dan sebagai Ketua Penerangan,sudah tentulah Tian Chua yang
turut menjadi pengantara terpenting Anwar Ibrahim dengan George
Soros,Tian Chua mempunyai kelebihan dari segi kewangan bagi mendapatkan
maklumat-maklumat serta merangka strategi yang lebih berkesan.
Latihan pemberitaan dan pengorekan maklumat telah diperolehi oleh Tian
Chua ketika dia bersama-sama Ramos Horta,pemimpin yang kemudiannya
menjadi Presiden Timor Leste pada tahun 1985.Horta mempunyai hubungan
yang sangat rapat dengan Australia dan Amerika Syarikat yang akhirnya
menyaksikan negara kecil tersebut keluar dari gabungan Indonesia untuk
membentuk negaranya sendiri dengan bantuan kewangan Amerika Syarikat,
Australia dan negara-negara Eropah lain.
Anehnya, keadaan dan rakyat Timor Leste tidak pernah bertambah baik
walaupun negara kecil berkenaan berkhidmat sebagai pecacai kepada
kuasa-kuasa besar dan Australia.Pegawai kanan Kementerian Pengajian
Tinggi tersebut berbangsa India.
Menurut maklumat, pegawai kanan berkenaan sedang berada dalam masalah
kewangan yang sangat teruk.Hutangnya dengan Ah Long atau ceti haram
telah melebihi RM700,000.Dek kerana hutang tersebut dan buruan Ah
Long,pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi itu sanggup mendedahkan
apa-apa sahaja maklumat Kementerian Pengajian Tinggi kepada Tian
Chua,asalkan hutangnya boleh dijelaskan oleh PKR.Bagi memulakan
rundingan dan kerjasama, pegawai berkenaan telah meminta wang
pendahuluan sebanyak RM180,000 Dan semenjak itulah,banyak maklumat
berhubung Kementerian Pengajian Tinggi dan bidang kuasa di bawah
Kementerian berkenaan dibocorkan.Itu cuma satu kes,melibatkan
Kementerian Pengajian Tinggi.Ada 24 buah Kementerian di Malaysia Dan
dalam 24 buah Kementerian di Malaysia itu,sudah pasti terdapat ramai
yang menjadi gunting dalam lipatan,sama ada untuk parti yang mereka ‘sayangi’
mahupun yang menerima cek bayaran daripada konco-konco Anwar
Ibrahim.Rasuah yang ditawarkan oleh konco-konco Zionis seperti Tian Chua
dan ketuanya,Anwar Ibrahim kepada kakitangan-kakitangan awam
sememangnya merupakan sebahagian daripada modus operandi penjajah
kapitalis untuk meruntuhkan negara ini.Justeru,pihak berkuasa perlu
memaksimakan tindakan dan keputusan yang lebih tegas untuk menangani
rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang kelihatan semakin hari, semakin
membimbangkan! - SEL13.COM
SEGALANYA TELAH TERJAWAB !!!
DULU TIAN CHUA BUKAN MAIN TUDUH BUKAN-BUKAN !!!
RUPANYA DIA DALANG SEBENAR UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN !!!







0 comments:
Post a Comment