Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail
Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti
Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat
Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai
PAS.
Beliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang
disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 -
1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46.
Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku
Ibrahim kembali menyertai Umno Selain beliau,turut menyerahkan borang
menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan yang
juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman ,Datuk Omar Abu
Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara
Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim
~tintahijau
Curi kabel guna 3 kereta mewah
-
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli@hmetro.com.myKuala Lumpur: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan disyaki mencuri kabel
utiliti Telek...
16 hours ago







0 comments:
Post a Comment