BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya
membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen
Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingandi Pulau
Pinang, Kedah dan Perlis semalam. Timbalan Pengarah II, Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd
Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun
itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.
"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber
Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket
yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar
tanpa lesen. "Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di
Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan
yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada
sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga
lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram
bagi sindiket terbabit."Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah
premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima
orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang
daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala
isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di
sini. "Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ
sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi
kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.
Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak
mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti
memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran. Katanya
sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara
kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang
di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM)
1998. "Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak
setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah
mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian
kira-kira RM60 juta," katanya.
Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder'
kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj
bulanan serendah RM29. "Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton
pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan
Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah
melanggan sejak setahun lalu," katanya.
Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai
peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan
komputer bernilai lebih RM400,000. Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan
anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar
dan merupakan serbuan pertama di Malaysia. "Daripada 12 yang ditahan,
tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita
direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,"
katanya.
Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998
iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard
dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan
bagi tujuan salinan. - Bernama
Curi kabel guna 3 kereta mewah
-
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli@hmetro.com.myKuala Lumpur: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan disyaki mencuri kabel
utiliti Telek...
16 hours ago







0 comments:
Post a Comment