KUALA LUMPUR: Mampukah Malaysia melalui peralihan
kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional
sebagai kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya pada PRU13?
Demikian persoalan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berhubung pengiraan detik 56 hari menuju PRU13.
Beliau berkata, sekiranya dapat dicapai dalam PRU13, maka ia akan
mengubah aib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam kemelut
Psy dan Gangnam Style yang menjadi rahmat kepada negara.
Ini, ujarnya membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai
Merdeka Kedua yang mana rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan
bukannya bersaing sesama sendiri tetapi dengan negara-negara lain dalam
dunia.
Katanya, kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina
Barisan Nasional di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan
kuasa politik di dalam sejarah negara sehingga Najib, Umno dan Barisan
Nasional mendapat majoriti dua pertiga parlimen tetapi telah bertukar
menjadi kemusnahan besar politik dan perhubungan awam.
Tambahnya, tiga aib besar yang menimpa Najib dan Umno BN dan yang lebih buruk lagi turut memalukan negara, iaitu:
- Video satu minit “tiga Ya untuk Psy dan tiga Tidak untuk BN” yang
pantas tersebar selepas kemeriahan di Sekolah Han Chiang ditonton hampir
setengah juta di You Tube daripada banyak laman sejak Isnin.
- Video lima minit “Psy tiada, Najib/BN merah muka ketika acara menggaul yee sang”,
video kedua tentang kemunculan Psy di pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau
Pinang yang pantas tersebar, memaparkan Perdana Menteri, mantan Perdana
Menteri Tun Abdullah dan menteri kabinet menunggu bintang Korea itu
selama lima minit untuk menyertai mereka dan tersipu-sipu meninggalkan
pentas tanpa menggaul yee sang apabila Psy menolak. Ini merupakan
kejadian yang merosakkan maruah negara dan memalukan semua rakyat
Malaysia tidak kira PR atau BN – yang mana Perdana Menteri dan mantan
Perdana Menteri terpaksa mengorbankan maruah negara demi kehangatan
K-pop Korea.
- Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style”. Najib
telah mengumumkan di atas pentas selepas kerosakan “3 Ya untuk Psy dan 3
Tidak untuk BN” berkenaan “persembahan menarik” Psy, mengisytiharkan “(Psy)
is ready for us and he will show you the proper Gangnam Style…and I am
told he has a surprise for you – the Gangnam 1Malaysia Style”
tetapi Psy tidak mempersembahkan kejutan “Gangnam 1Malaysia Style”
menghancurkan harapan Najib dan peluang pemimpin BN seperti Menteri
Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen untuk menari “Gangnam 1Malaysia
Style” dengan bintang pop Korea Selatan itu di Pulau Pinang.
Pencuri kabel ala Spiderman ‘disergah’ di Bahau
-
NOR AINNA HAMZAHTangkap layar video tular seorang lelaki memanjat sebatang
tiang di sebuah taman perumahan di Bahau, di sini, semalam untuk mencuri
kabel.J...
17 hours ago







0 comments:
Post a Comment