KUALA LUMPUR: Rakan baik Umno, MCA hari ini menempelak
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, tapi kali ini bukan kerana perbezaan
politik tetapi kerana 'jenayah' beliau yang tidak mengenali siapa Psy (gambar), penyanyi popular dari Korea.
Senator
MCA Chew Lee Giok berkata dengan tidak mengenali siapa Psy, Nik Aziz –
yang diangkat sebagai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh
badan berprestij Timur Tengah - Royal Islamic Strategic Studies Center –
dikatakan “sangat kurang pengetahuan mengenai perkara semasa, standard
dunia dan trend antarabangsa.”
“Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama telah menari ‘Oppa Gangnam Style’ yang telah menjadi tarian
popular dunia secara mengejut,” kata setiausaha agong Wanita MCA, yang
jelas teruja dengan undangan BN kepada penyanyi popular dari Korea
Selatan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.
“Bukan sahaja
Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, beliau juga keliru dengan jantina Psy
samada lelaki atau wanita. Beliau juga bertanya mengapa kita mendengar
sebuah lagu di dalam bahasa yang kita tidak faham.
"Macammana beliau boleh menjadi pemimpin negara?” tegas Chee dalam satu kenyataan yang dilaporkan di laman parti beliau.
Chee
sedang memberikan reaksi kepada satu laporan berita mengenai respon Nik
Aziz ketika diberitahu mengenai konsert Psy di Pulau Pinang, yang
rata-rata dilihat sebagai usaha terakhir MCA untuk mendapatkan kembali
sokongan kepada BN daripada kalangan pemuda Cina di negeri tersebut.
Nik
Aziz telah memberikan reaksi bahawa Psy harus menutup aurat – bahagian
tubuh badan yang perlu ditutupi berdasarkan ajaran Islam.
Di
dalam Islam, terdapat aurat lelaki dan perempuan, tapi senator MCA itu
mungkin beliau tidak sedar bahawa lelaki juga ada auratnya, sejajar
dengan kenyataan-kenyataan partinya sebelum ini yang menunjukkan
kejahilan mereka terhadap agama persekutuan negara ini.
“Nik Aziz
hanya mengharapkan wanita perlu ‘ditutup’, menunjukkan bahawa minda
beliau adalah ke arah kemunduran, dan beliau ‘out of touch’ dengan dunia
ini. Bagaimana beliau boleh menerajui negara ke arah membangun,” tambah
Chee lagi dalam menempelak Menteri Besar Kelantan itu.
Kemudian, Chee cuba mengheret isu itu sebagai ‘hak bukan Islam yang termaktub di dalam perlembagaan.’
“Jika
Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan, pemikiran feudal
sedemikian, yang tidak membawa kebaikan kepada kepelbagaian kaum dan
budaya negara kita akan dilaksanakan kepada bukan Islam. Dalam melakukan
ini, hak bukan Islam yang dilindungi Perlembagaaan Persekutuan akan
terancam,” tambah beliau.
Tak tahu Psy, apa masalahnya?
Sementara
itu, ramai pembaca Malaysiakini yang memberikan respon kepada kenyataan
Nik Aziz berkata tiada apa-apa yang perlu dimalukan jika tidak
mengenali Psy.
“Jika Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, saya tabik
pada beliau… Beliau tidak dicemarkan oleh apa yang digilakan dunia ini,”
kata seorang komentar.
“Tiada apa yang perlu dimalukan jika
seseorang itu tidak mengikuti perkembangan sensasi di Korea, menyanyi
Gangnam Style, menaiki kuda secara imaginasi. Tanyalah Perdana Menteri
Umno mengenai bakat terlindung beliau!” kata seorang lagi.
“Apabila
datang ke dunia musik, Nik Aziz ketinggalan. Tapi apabila datang kepada
harta persendirian, Nik Aziz tidak mempunyai apa-apa. Seorang yang
jujur dan ikhlas dan fokus kepada rakyat dan negeri dan beliau mahu
memastikan syaitan yang dikenali dikeluarkan,” kata seorang yang
menggunakan nama ‘Mushiro’.
Seorang lagi pula dalam komentarnya berkata kegilaan pada Psy dan tariannya hanya sementara.
“Tahukah
anda wahai Nik Aziz, sensasi global ini dilihat sebagai separa-Tuhan.
Semua mesti kata mereka mencintai beliau atau pernah melihat beliau.
Jika tidak, mereka akan dilabel sebagai Ah Beng dan Ah Lian. Tapi semua
orang ini tidak sedar bahawa mereka sedang dihipnotasikan. Saya rasa
tidak mengapa, biarkan. Mereka ini akan membesar seperti kita yang
membesar melihat Beatles, the Bee Gees, the Moonwalk, Justin Bieber dan
sekarang Gangnam style.”
Curi kabel guna 3 kereta mewah
-
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli@hmetro.com.myKuala Lumpur: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan disyaki mencuri kabel
utiliti Telek...
16 hours ago







0 comments:
Post a Comment